Monday 21 November 2016

NLP


Pendahuluan 

Komunikasi adalah perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita.Untuk mencapai sesuatu, kita perlu berkomunikasi dengan keluarga, rakan sepejabat , majikan atau pelanggan. Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah perlu bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan itu berkesan. NLP atau Neuro Linguisitic Programming adalah berkaitan mereka, mempelajari, memahami dan memindahkan kemahiran di dalam bidang tertentu .

Dengan menggunakan NLP, peserta akan berupaya untuk mengubah dari pemasaran biasa kepada yang lebih fokus, bertenaga dan strategik. NLP adalah kaedah yang digunakan oleh kebanyakkan profesional berjaya dari pelbagai bidang aktiviti. Mudah dan berkesan adalah dua elemen penting yang menjadikan kaedah ini adalah paling banyak diaplikasikan. 


Objektif Kursus

Pada akhir kursus peserta dijangka akan: 
  • Memahami asas andaian NLP dalam komunikasi seharian
  • Mengamalkan etiket bisnes dan adab-adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan, pihak atasan, pekerja, rakan dan juga pihak media
  • Berkomunikasi cara yang lebih berpengaruh dengan cara positif
  • Mengetahui dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami seterusnya mampu meningkatkan reputasi diri dan organisasi.
  • Mengamalkan teknik NLP dalam komunikasi dan menyedari keperluannya dalam kerjaya


Pendekatan Kursus

Kursus ini mengguna pakai kaedah-kaedah pembelajaran dewasa termasuk rancangan pembelajaran aktif demi meningkatkan kefahaman dan penerapan. Kaedah yang digunakan merangkumi Perbincangan dan Pembentangan serta Latihan Dalam Kumpulan. Kursus ini memperuntukkan 60% masa untuk para peserta berlatih kaedah-kaedah berkomunikasi menggunakan NLP melalui kegiatan berseorangan atau berkumpulan. Nota akan disediakan untuk setiap modul. 


Sukatan Kursus

Modul 1
Pendahuluan Kepada Ilmu NLP 
  • Definisi NLP
  • Sejarah perkembangan ilmu NLP
  • Asas NLP
  • Contoh-contoh penggunaan NLP apabila berkomunikasi
  • Mengenal pasti situasi yang sesuai digunakan teknik NLP untuk memujuk dan mendapat keputusan yang baik

Modul 2
Teknik-Teknik NLP
  • Anchoring
  • Future Pacing
  • Swish
  • Reframing
  • Future Outcome
  • Parts Integration
  • State Management
  • Metaphors
  • Sleight Of Mouth

Modul 3
Komunikasi Yang Lebih Berkesan Dengan NLP
  • Berupaya mempraktikkan teknik-teknik NLP yang bersesuaian dalam berkomunikasi
  • Bagaimana NLP dapat menambah keberkesanan komunikasi
  • Kesilapan biasa berkomunikasi
  • Reframing Techniques
  • Milton Model
  • Meta Modal Language Technique
  • Chunking 
  • Quantum Linguistics

Modul 4
NLP Sebagai Penyelesai Masalah 
  • Cara-cara menyelesaikan masalah dengan NLP
  • Mengenal pasti masalah-masalah yang boleh diselesaikan oleh NLP
  • Hubung kait masalah peribadi dengan masalah di tempat kerja

Modul 5
Memberi Dorongan Dengan Melalui Teknik NLP
  • Mempelajari teknik memberi dorongan secara efektif dengan teknik NLP
  • Memujuk dan mempengaruhi orang sekeliling untuk mengambil tindakan
  • Berupaya memotivasi serta meningkatkan produktiviti kumpulan dengan menggunakan kaedah NLP

Modul 6
NLP dan Kredibiliti Anda
  • Punca kekurangan kredibiliti
  • Pentingnya kredibiliti dalam kerja yang cemerlang
  • Menggunakan NLP untuk menambah kredibiliti
  • Memilih teknik NLP yang sesuai mengikut persekitaran sekeliling

Modul 7
Membangunkan Hubungan Baik
  • Perihal pentingnya hubungan yang baik di tempat kerja
  • Matching & Mirroring
  • Eye Accessing 
  • Face Reading
  • Menggunakan teknik membaca fikiran untuk menyelami perasaan, menduga niat dan memahami maksud  mendalam seseorang

Modul 8
Kuasa Ajaib NLP Untuk Memujuk
  • Pentingnya kebolehan memujuk dalam menjanakan kecemerlangan kerjaya
  • Mengenali dan mengaplikasi teknik State Elicitation, Pace & Lead, dan Anchoring untuk memujuk, mendorong,  mempengaruhi, memasar dan menjual idea, produk dan perkhidmatan secara efektif

Modul 9
Pelan Tindakan Peserta
  • Peserta menggaris pelan tindakan untuk menggunakan NLP di tempat kerja
  • Perkongsian pelan tindakan
  • Janji untuk melaksanakan pelan tindakan

No comments:

Post a Comment